10/17/2014

Resipi Oat Milk Cake

Penulis : Syar Disini Masa : 20:04 Comments : 0 Labels :
Salam....Kali ni nak post resipi mudah iaitu cake berperisa oat. Sebenarnya saya menggunakan bahan bahan yang ada sahaja. Oat yg digunakan adalah oat chocolate...macam kat bawah. Sebenarnya tak kisah pon, nak buat dengan biskut oreo ke, crunchy oat ke...yang penting sedap dan lembut di makan. Hehee....

Hanya guna Oat Milk Choco

Then...Bahan Bahan :

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur
3/4 cawan gula
1 sk bikarbonat
1 1/2 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 cawan susu cair

Cara Cara :

1. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder.
2. Masukkan kepingan oat chocolate yang elah dikisar, gula, telur dan gaul sebati
3. Masukkan susu cair dan minyak, gaul lagi sehingga sebati
4. Masukkan adunan ke dalam loyang yang dilapis kertas minyak.
5. Kukus selama satu jam.









SELAMAT MENCUBA!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...