11/29/2014

Jeruk Pauh Asam Boi

Penulis : Syar Disini Masa : 22:58 Comments : 0 Labels :
 photo Greeting_zps450f632b.png


Saya nak jugak!! Hehe...ramai betul yang suka makan buah jeruk ni. Saya punya jeruk pauh ye...bukan mangga.hihi...pauh dan magga alah same je lah. Pauh dibahasakan di daerah dan negeri saya. Kalu cakap nak beli buah mangga...hiliran ler pulak orang kelate cakap.

Lenguh mencari asam boi dan buah pauh ni. Tak sangka pulak susah betul nak ada di pasaran. Sya gunakan buah pauh lemak yang muda. Tapi kalau buat dengan mangga ringan buah kecik kecik tu lagi sedap. Sebab buah mangga lemak muda ni tak masam. Tak berapa kaww la jeruk nanti. 

Resipi nye..
3 atau 4 biji mangga muda
Sebungkus asam boi
Cili padi 6 biji
Gula 8 sudu besar
Garam secukup rasa

Bahan utama


1.Kupas kulit mangga . Potong ikut suka lah. Kemudian basuh.
2.Masukkan ke dalam bekas sedikit besar mangga yang dipotong, masukkan bahan selain mangga. 
Gaul rata dan sebati.
3.Masukkan ke dalam bekas sesuai untuk disimpan ke dalam peti.
4.Biarkan sejuk di dalam peti sehingga beberapa jam (4 atau 5 jam).

Siap...sedia untuk merasa. Lagi pedas lagi sedap..

simple tutorial




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...