11/26/2014

Pengalaman Interviu di chartered audit

Penulis : Syar Disini Masa : 20:53 Comments : 0 Labels :
 photo Greeting_zps450f632b.png


Diari untuka harini. Tangan terasa ringan nak membebel pulak. Citerkan pengalaman panas panas lagi. Awal November, selepas dapat tawaran dari HSBC, beralih kepada kerja yang mengikut kesesuaian sijil pulak..Fokus mencari kerja di kawasan Puchong, Selangor. Masa tu stay rumah kakak. Melepak seminggu jugak. Nk tak nak, misi kena teruskan. Bukan senang nak dapat kerja tapi senang senang aku lepaskan..

Malam tu, ada apply untuk jawatan Pembantu Audit. Memberanikan diri jugak melibatkan diri dengan kerja kerja audit. Maklumla, seorang auditor kena teliti, skema no 1. Keesokan dapat call dari company audit..temuduga keesokan hari. Hati ni berbelah bagi nak pergi ke tak sebab petangnya ada interviu di Nilai.. Ku sanggupkan saja senang cerita.

Abang ipar yang setia menghantar ke tempat interviu. Punyalah susah nak cari tempat tu. Kawasan Perdagangan Puchong, dalam setengah jam jugak sampai. Nasib baik si abang ipar kerja sendiri masa nya pulak fleksible. Boleh tolong masa tu. Dah jumpa company tu, naik pulak tingkat 1. Then jumpa dengan staff. Nampak skemalah pulak. Dua orang staff cina sedang buat keje. Time tunggu tu...dia bagi form untuk isi, belek belek ada pulak soalan. 

Soalan dia pasal debit credit disposal fixed asset, main hentam nasib baik masih fresh lagi di pikiran caner nak debit dan kreditkan die. Basic ni kadang kadang lemah semangat. Hehe...satu lagi types of expenses non deductable by tax. Dah siap jawab termenung tunggu bos die interviu. Lama jugak menunggu dekat 15 minit.

Tengah syok menunggu, bos dia masuk, cina...nasib baik pempuan. Haha...masa tu tak bawak resume, pegi ala kadar je. Then die buat muke confius, apalagi senyum je lah,hehe...alasan tak sempat print..Kuang kuan kuang...memang pon..line tak clear masa tu nk emel resume utk print.

Soalan pertama...berkenaan masa. Mungkin lama menganggur lama sangat gab nye...hehe I said job hunting..spent more time with family members and now more than prepare to full time employment..waaaa cam hebat confident..sekali lagi muka die confius. Lama nye nak habis pasal masa...shift dari dip to deg..sabar aje menjawab.. feel free to answer..

Jawapan kepada soalan dalam form tu betul..mcm lecturer mengajar pulak bila tertinggal satu entri. When disposed need to open up account so what the debit and credit side. Maksudnya kena debit bank or cash because of the disposal.

Can u explain the profession of auditor? I mean what the main role as an auditor?

Jawapan : Auditor is about blaa blaa blaaa...tugas auditor la termasuk investigate data melalui source document such a bill, invoice and etc. Tak pernah temuduga psl auditor..setakat akaun tu banyak dah pengalaman. Dah master pasal neh..mestila kena make sure statement tu "true and fair view, not only one person translate the data but the person as a whole include shareholder"..yup itulah jawapan. Berterus terang takde pengalaman buat audit tapi confidentkan si penemuduga ni akauntan sebenarnya seorang audit pada masa yang sama. Kalau tak reti buat akaun, macamane nak audit. Nasib baik dia faham sebab masa praktikal dulu tak sempat nak rotate audit dept.

Last dia bagitahu scope kerja. Banyak jugak ditanya, dan akhir sekali runding gaji. . Alhamdulillah sesi temuduga tamat...Terima kasih..masa balik abg ipar setia menunggu bersama ank buah yang ketiduran menunggu lamaanya. Pulang dengan hati tak berapa gembira agak2 tak dapat. Tapi...seminggu lepas tu...dia ada kol offer sebab interviu berjaya dan kena bawa kalkulator masa kerja. Im refused it..sebab kena travel dan balik lewat petang. Mungkin bukan itu alasannya. Sebab rindu nak balik kampong....rasa selesa kat umah...jadi penganggur terhormat. Dengan jayanya menghabiskan masa ku ini dengan sia-sia...

Sorri pembaca entri pon dah macam karangan..:)


Ada sape sape yang ada pengalaman bidang ni..jomla share...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...